Saturday, September 26, 2009

UTARA.FM BERSAMA KELUARGA DASSIN

Utara.FM telah bersiaran langsung di majlis rumah terbuka keluarga Dassin yang bertempat di Kota Belud, Sabah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah Utara.fm lakukan adalah seperti temubual bersama pemimpin iaitu YB Datuk Hj Musbah Bin Haji Jamli, ADUN N6 Tempasuk merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Perusahaan Asas Tani Negeri Sabah dan juga merupakan penasiat bagi keluarga Dassin.Di kesempatan itu DJ siiputt juga dapat serba sedikit info tentang sambutan hari raya dan program-program pembangunan dalam perancangan dan yang sedang dilaksanakan khususnya di kawasan yang diwakili oleh beliau. Beliau juga telah menaja 27 keping tiket Konsert Mini Felix and Friends yang akan berlangsung pada 26hb September 2009 di Dewan Serbaguna Kota Marudu. Utara FM diwakili oleh DJ siiputt, DJ MKA, Wady, 911, Seraiwangi dan Kancil.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Starry by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP