Monday, October 18, 2010

Lirik Lagu Gunung Payung

Lagu Gunung Payung ( Versi Rakaman Piring Hitam)
Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham Osman Ahmad
Lirik : S Sudarmaji
Filem: Batu Belah Batu Bertangkup, Malay Film Production ( 1959)
Arahan: Jamil Sulong
Trivia: Lagu Versi Filem, Original Sound Track (OST) dinyanyikan oleh Seniwati Normadiah & Chorus dengan lirik sedikit berbeza dari lirik lagu versi rakaman. Lagu Gunung Payung ini sebenarnya ada tiga versi iaitu versi filem nyanyian Normadiah, versi rakaman piring hitam nyanyian P.Ramlee dan Saloma, dan satu versi lagi adalah nyanyian secara duet P.Ramlee & Saloma dengan iringan muzik orkestra RTM. Versi ini adalah ekslusif boleh di dapati dalam koleksi RTM, Malaysia.




Dengan tari sembah kami
Penghibur dihati biar seri
Melambaikan selendang biar girang
Seiring dan sepadan

Bunga-bunga rampai ala sayang
Bau harum wangi alah intan
Tepuk biar ramai gunung payung
Biar majlis tidak sunyi

Sama muda dan sebaya
Sekata sehati dengan janji
Paduan dek asmara terciptalah
Istana bahagia

Ai direnjis-renjis alah sayang
Dengan iar wangi alah intan
Biar lebih manis gunung payung
Nampak seri dua sejoli..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Starry by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP