Wednesday, August 26, 2009

KLIP VIDEO PILIHAN DJ SIIPUTT

Klip video ini adalah hasil dari WaveArt Production, kepada rakan-rakan yang berminat ingin membuat klip video atau lagu sendiri boleh la berhubung dengan kami di http://waveartproduction.blogspot.com



Read more...

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadan



Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk beramal sebanyak-banyaknya dan beribadah di bulan mulia dan barakah. Bersyukur, kehadrat allah. Peluang ini tidak dilepaskan untuk memohon keampunan, mensyukuri dan menikmati ibadah sebenar sebagai seorang yang beragama islam.

Jika kita renung seketika, berapa ramai saudara-saudara kita yang tidak sempat bersama di bulan mulia ini. Berapa ramai yang tidak dapat jalani ibadah ini dengan sempurna, mungkin kerana masalah kemiskinan, peperangan, dihimpit oleh kekejaman politik, tiada makanan dan sebagainya.

Kita? Ya kita menjalani ibadah puasa dengan cukup sempurna. Cukup selesa dan aman damai. Mengerjakan terawih dalam masjid besar atau surau yang berkipas, dingin dan selesa. Mengerjakan ibadah puasa disiang hari dan menjaga anggota badan tanpa ada gangguan atau paksaan. Syukur!

Renungkan doa malaikat Jibril menjelang ramadhan,

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut,

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada),
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri,
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. “

Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah SAW dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Subhanallah.

Akhir sekali dikesempatan ini, aku (Mohd.Denny@siiputt) memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan blog dan pembaca setia blog ini jika ada kesalahan yang berbentuk verbal atau penulisan.

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

Nazrey Live di Gerai PONet


Pada 18hb ogos 2009 Nazrey Johani atau lebih dikenali sebagai Nazrey (Raihan) telah berada di Gerai Ponet. Gerai Ponet yang terletak di Daerah Pitas adalah konti utama Utara.FM yang dimiliki oleh tuan rumputt. Orang ramai sempat mengambil gambar kenang-kenangan bersama Nazrey.

Read more...

REKOD UTARA.FM BERSIARAN 48 JAM


Pada 14hb-16hb ogos 2009 Utara.FM telah mencipta rekod bersiaran tanpa henti selama 48 jam di hotel Marudu Inn, Kota Marudu. Semua DJ Utara.FM terlibat dalam program itu, antara DJ yang terlibat ialah DJ.rumputt,DJ.siiputt,DJ.kupang,DJ.Aldusuni,DJ.Tompinai,DJ.MKA dan DJ NONG. Selain daripada DJ Utara.FM yang berada di sana beberapa orang admin dan moderator KUSnet dan SAM juga turut berada di sana untuk memberi sokongan kepada DJ-DJ yang bertugas, selain itu pemenang bagi "jawab dan menang" iaitu Dalink juga berada di sana. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan seperti temuramah bersama pemimpin, temuramah bersama artis, temuramah bersama usahawan berjaya, temuramah bersama komposer dan banyak lagi aktiviti yang telah dijalankan.

Read more...

  © Blogger template Starry by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP