Monday, September 28, 2009

KONSERT FELIX AGUS

Persembahan Felix Agus & Friends di mini konsert "Aku Juga Iya" yang telah berlangsung pada 26hb september 2009 bertempat di dewan Kota Marudu sangat-sangat meriah. Juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Nazri Johani bekas penyanyi kumpulan 'RAIHAN', antara artis yang ada pada malam tersebut ialah Ridah, Terry Peter, Buttak, Hara Hanara Harun dan seorang pelakon tempatan iaitu Mohd.Nor Makbul@Troy. Di awal konsert DJ siiputt dan juga DJ tompinai telah menghiburkan penonton dengan celoteh-celoteh yang sangat menghiburkan dan Utara.FM pada ketika itu bersiaran langsung terus kepada pendengar-pendengar Utara.FM.






Read more...

Saturday, September 26, 2009

RAYA SAKAN BERSAMA DJ UTARA.FM

Selepas bersiaran langsung dari Aravilla Kota Belud, sebelah petangnya pula krew UtaraFM sempat bersiaran secara langsung di perkarangan rumah tn Sangguru sempena majlis rumah terbuka hari raya yang bertempat Di Taman T&G 3 Kota Marudu. Siaran langsung ini telah dikelolakan oleh DJ Siiputt. Antara rakan-rakan UtaraFM yang hadir ketika itu ialah Wady, DJ MKA, Ajaa@wxyz dan juga DJ Batman.



Read more...

UTARA.FM BERSAMA KELUARGA DASSIN

Utara.FM telah bersiaran langsung di majlis rumah terbuka keluarga Dassin yang bertempat di Kota Belud, Sabah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah Utara.fm lakukan adalah seperti temubual bersama pemimpin iaitu YB Datuk Hj Musbah Bin Haji Jamli, ADUN N6 Tempasuk merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Perusahaan Asas Tani Negeri Sabah dan juga merupakan penasiat bagi keluarga Dassin.Di kesempatan itu DJ siiputt juga dapat serba sedikit info tentang sambutan hari raya dan program-program pembangunan dalam perancangan dan yang sedang dilaksanakan khususnya di kawasan yang diwakili oleh beliau. Beliau juga telah menaja 27 keping tiket Konsert Mini Felix and Friends yang akan berlangsung pada 26hb September 2009 di Dewan Serbaguna Kota Marudu. Utara FM diwakili oleh DJ siiputt, DJ MKA, Wady, 911, Seraiwangi dan Kancil.



Read more...

RAYA SAKAN BERSAMA DJ UTARA.FM

Pada 23hb sep 2009 DJ siiputt dan beberapa orang lagi dj UtaraFM telah datang ke majlis rumah terbuka DJ MKA yang bertempat di Kota Marudu.
Terima kasih juga diucapkan kepada Dj MKA kerana memberikan Utara.FM sebuah hearpone untuk kegunaan DJ Utara.FM di Gerai Ponet.


Read more...

Thursday, September 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Di kesempatan ini Dj siiputt mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan walau dimana pun anda berada


Read more...

Wednesday, September 23, 2009

DJ ADI SILANTRA DI GERAI PONET

DJ Adi silantra dari MusikFM berada di gerai ponet. DJ rumputt dan DJ siiputt sempat onair bersama dj Adi untuk menghiburkan rakan-rakan pendengar UtaraFM


Read more...

Tuesday, September 1, 2009

SALAM MERDEKA

Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua warga malaysia yang tercinta....Semoga setiap dari diri kita semua sudah pun memerdekaan diri kita... Yeaaa..selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 kepada semua...

Read more...

  © Blogger template Starry by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP