Monday, December 6, 2010

PESTA JAGUNG 2010 MELAKAR SEJARAH





Pesta Jagung 2010 kali ini telah melakar sejarah, yang mana pesta jagung kali ini telah membuat catatan memakan Jagung ( LARGEST 'CORN EATING' SIMULTANEOUSLY ) sebanyak 2010 tongkol jagung yang telah di rekodkan dalam THE MALAYSIA BOOK OF RECORD pada 5 dis 2010

Read more...

Tuesday, November 30, 2010

DATU BADD MENGAKHIRI ZAMAN BUJANGNYA



Selamat Pengantin baru saya ucapkan kepada Datu Badd yang juga merupakan salah seorang komposer Sabahan di mana karyanya juga dinyanyikan oleh Kumpulan Spring, Farawahida, Azharina Azhar, Naseer Wahab, Amy Mastura, francisca peter dan beberapa lagi artis Malaysia. "Gadis Kudat" sebuah lagu Sabahan yang popular dinyanyikan oleh S.Welly ketika ini sedang menambat hati peminat lagu-lagu tempatan Sabah.

Majlis persandingan bersama pasanganya Fadilla berlangsung dalam suasana yang cukup meriah pada 28 November 2010 (Ahad) dengan kehadiran saudara mara dan rakan2 Dee Jay2 UtaraFM seperti Dj Rumputt, Dj Kupang, Dj Batman, Dj Siiputt dan beberapa lagi rakan artis seperti Asmin Mudin, S.Welly & Awang Karim Kadir juga turut datang memeriahkan lagi majlis tersebut.

Semoga ikatan yang suci akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Read more...

Sunday, November 28, 2010

Bersama Pemimpin




Read more...

Monday, October 18, 2010

Cuti-Cuti Cinta




Nora : U kata muka I tak cantik?

Farid: Dahi jendol, dagu leper..tu apa tu..

Nora : Haa?

Farid : Nasi lemak 50 sen.. (sambil menunjuk ke arah buah dada Nora Danish)

Nora: Aaa..


Filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham bakal menemui penonton di seluruh pawagam pada 20 Oktober ini dengan menampilkan Farid Kamil & Nora Danish sebagai pelakon utama. Filem berkonsepkan komedi cinta ini sarat dengan adegan komedi & lawak sinikal yang boleh membuatkan anda terhibur.

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana lakonan Nora Danish merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.

Laku betul Nora Danish, selepas Jangan Pandang Belakang Congkak 2, filem ini pula menyusul. Mungkin rezeki anak, harap Nora Danish terus maju dalam bidang hiburan. Trailer Cuti-Cuti Cinta selepas ini, Enjoice!

Read more...

Lirik Lagu Gunung Payung

Lagu Gunung Payung ( Versi Rakaman Piring Hitam)
Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham Osman Ahmad
Lirik : S Sudarmaji
Filem: Batu Belah Batu Bertangkup, Malay Film Production ( 1959)
Arahan: Jamil Sulong
Trivia: Lagu Versi Filem, Original Sound Track (OST) dinyanyikan oleh Seniwati Normadiah & Chorus dengan lirik sedikit berbeza dari lirik lagu versi rakaman. Lagu Gunung Payung ini sebenarnya ada tiga versi iaitu versi filem nyanyian Normadiah, versi rakaman piring hitam nyanyian P.Ramlee dan Saloma, dan satu versi lagi adalah nyanyian secara duet P.Ramlee & Saloma dengan iringan muzik orkestra RTM. Versi ini adalah ekslusif boleh di dapati dalam koleksi RTM, Malaysia.




Dengan tari sembah kami
Penghibur dihati biar seri
Melambaikan selendang biar girang
Seiring dan sepadan

Bunga-bunga rampai ala sayang
Bau harum wangi alah intan
Tepuk biar ramai gunung payung
Biar majlis tidak sunyi

Sama muda dan sebaya
Sekata sehati dengan janji
Paduan dek asmara terciptalah
Istana bahagia

Ai direnjis-renjis alah sayang
Dengan iar wangi alah intan
Biar lebih manis gunung payung
Nampak seri dua sejoli..

Read more...

Thursday, October 14, 2010

Pesta Kobis


Read more...

Anugerah juara carta lagu artis Sabah





Read more...

  © Blogger template Starry by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP